Bagan Serai - Dr. Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Perak yang turun padang ke Daerah Kerian khususnya Bagan Serai baru-baru ini ternyata memberi kesan di hati rakyat. Kehadiran beliau dalam siri lawatan kerja ke kawasan ini amat dinantikan oleh pelbagai lapisan rakyat yang mengenepikan tembok fahaman kepartian.
Sikap beliau yang mesra dan bersahaja, memudahkan rakyat pelbagai kaum mendekati beliau di mana sahaja kawasan yang dilawati.
Ketika menyusuri Pekan Bagan Serai dan Ladang Lian Seng; walaupun dibasahi keringat, beliau tenang dan sentiasa mendengar setiap permasalahan yang diluahkan oleh rakyat terutama para peniaga di pekan tersebut termasuklah masalah banjir kilat yang berlaku ketika hujan disebabkan saluran longkang yang sempit. Beliau yang turut bersama-sama Haji Ismail Hasan, Pegawai Daerah Kerian serta pemimpin Barisan Nasional Parlimen Bagan Serai memberi keyakinan bahawa masalah itu akan dikaji untuk mencari penyelesaian.
“Kehadiran Menteri Besar di kawasan ini amat kita nanti-nantikan. Inilah buktinya yang Kerajaan Barisan Nasional Mendahulukan Rakyat, mendengar permasalahan rakyat dan menyelesaikannya. Paling membanggakan YAB. Dato’ Seri Dr. Zambry memilih sebuah kampung terpencil dalam kawasan Bagan Serai iaitu Tebok Haji Dolah untuk melancarkan Projek Lampu Jalan Kampung Negeri Perak sebagai salah satu inisiatif Kerajaan Negeri Perak bagi meningkatkan infrastruktur di kawasan luar bandar. Inilah kerajaan yang prihatin dengan keperluan dan maklumbalas rakyat melalui program turun padang yang memerlu lampu jalan selain bantuan rumah untuk miskin tegar, bekalan air bersih dan jalan kampung yang rosak” tegas Dato’ Zaili Cha, Penyelaras Parlimen Bagan Serai yang juga Ketua UMNO Bahagian Bagan Serai.
Sempena lawatan kerja tersebut, YAB Menteri Besar turut bersama dalam Program Hari Bertemu Pelanggan di Padang MDK, Gunung Semanggol. Dato' Seri Dr. Zambry Bin Abd. Kadir turut mendengar aduan orang ramai yang mengemukakan masalah dihadapi terus kepada beliau di “Klinik Dr. Zambry”. Selain itu, banyak agensi kerajaan dan swasta mengambil bahagian dengan gerai pameran, kaunter aduan, dan gerai jabatan. Program sebegini dapat mendekatkan pemimpin dengan rakyat disamping YAB Menteri Besar Perak dapat beramah mesra dengan penduduk setempat. YAB Menteri Besar juga turut berkesempatan menjadi pengadil dalam pertandingan Tarik Tali antara Pasukan Pilihan Bagan Serai dengan Pasukan Menteri Besar yang berkesudahan dimenangi Pasukan Pilihan Bagan Serai.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan