Jumaat, 17 Disember 2010

LIGA SUKAN 1 MALAYSIA BARISAN NASIONAL BAGAN SERAI

Bagan Serai – Kejohanan Liga Sukan 1 Malaysia Barisan Nasional Bagan Serai merebut Piala Dato’ Zaili akan diadakan sepanjang Bulan Januari dan Febuari 2011. Liga Sukan ini menjadi platform menyatupadukan masyarakat setempat khususnya golongan belia tanpa mengira kaum di sekitar Parlimen Bagan Serai.
          Beberapa acara sukan dipertandingkan seperti Bola Sepak, Sepak Takraw, Badminton, Bola Jaring, Bola Keranjang, Bola Tampar dan Kabbaddi. Hadiah-hadiah menarik turut disediakan untuk menjadi rebutan para pemenang berupa wang tunai RM 10 ribu berserta piala. Sehingga kini lebih 50 pasukan telah mendaftar diri menyertai kejohanan tersebut. 5 tempat telah ditetapkan untuk kejohanan itu, iaitu padang SMK. Abu Bakar Baqir, SMK. Bagan Serai, SK. Bagan Serai, SK. Sungai Bogak dan Dewan Pasar Bagan Serai.
          Setiausaha Barisan Nasional Bagan Serai, Zulkarnain Ismail berkata, program itu akan lancarkan pada 16 Januari 2011 di SMK. Abu Bakar Baqir dengan penyempurnaan perasmian oleh YB. Zainol Fadzi Paharudin, Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Belia dan Sukan Negeri Perak.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan