Khamis, 2 Disember 2010

SAMBUTAN DEEPAVALI BAGAN SERAI MERIAH

  Majlis Sambutan Deepavali 1 Malaysia 2010 Parlimen Bagan Serai telah diadakan di Ladang Soon Lee baru-baru ini. Majlis tersebut turut dihadiri 500 orang rakyat pelbagai lapisan umur dan kaum. Ucaptama majlis tersebut disempurnakan oleh YB. Sham Mat Sahat, ADUN  Alor Pongsu.                                                           

Dalam ucapannya; YB. Sham mengajak rakyat bersyukur kerana di lahirkan di Malaysia yang aman dan damai walaupun mempunyai pelbagai kaum dan budaya. Inilah  keunikan Malaysia, di mana semua rakyat dapat hidup dengan harmoni. “Kepelbagaian  kebudayaan itulah yang menjadikan seluruh rakyat saling menghormati antara satu sama lain yang membentuk 1 Malaysia seperti yang digagaskan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri yang kita kasihi” katanya.

                  Sebelum itu; Dato’ Zaili Cha, Pengerusi Barisan Nasional  Bagan Serai di dalam ucapannya memuji Persatuan Pekerja Ladang Soon Lee dan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang menganjurkan program tersebut . Beliau juga menegaskan bahawa majlis seperti itu turut akan disambut terhadap perayaan lain seperti Aidilfitri, Deepavali dan Tahun Baru Cina oleh seluruh rakyat terutama di Parlimen Bagan Serai untuk  mengeratkan persahabatan di antara satu sama lain.

                          
Turut hadir ke majlis tersebut ialah Tuan Haji Mohamad Abd. Rahim Bin Mohd Nawawi, Pengarah JASA Perak, Zulkarnain Ismail, Setiausaha Barisan Nasional  Bagan Serai, Zainal Hanafiah, Penyelaras DUN Semanggol, dan Abdul Moin Mustaffa, Penyelaras DUN Selinsingdan para pegawai JASA Parlimen Bagan Serai. Majlis tersebut juga turut diserikan dengan acara sukaneka, cabutan bertuah dan penyampaian bantuan kepada masyarakat setempat.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan