Namun demikian, UMNO dan BN Bagan Serai tidak mengambil mudah cabaran pada Pilihanraya Umum Ke-13 sebaliknya bekerja keras untuk mengukuhkan sokongan rakyat kepada BN dan menyelesaikan permasalahan yang wujud.
‘BN Bagan Serai akan terus memberi penekanan kepada usaha membantu rakyat, menyelesaikan isu dan mempertingkatkan kerjasama dan perpaduan dalam parti komponen yang terdiri daripada UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan PPP. Di samping itu; kita juga mendapat sokongan yang kuat daripada parti penyokong BN di Bagan Serai seperti IPF dan Makhal Shakti di samping beberapa NGO lain’ ujar Dato’ Zaili.
Umum mengetahui kawasan Parlimen Bagan Serai mengandungi 3 kawasan DUN iaitu Alor Pongsu, Gunong Semanggol dan Selinsing. Menyentuh mengenai calon pada PRU13 nanti, beliau sependapat dengan kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bahawa telah mengenal pasti calon yang dikatakan ‘Winnable’ (boleh menang) dan ‘Likeable’ (disukai) di setiap kawasan serta mendapat sokongan daripada parti termasuk pengundi.
‘Apa yang saya nak tegaskan bahawa BN Bagan Serai juga mempunyai calon-calon tempatan yang memenuhi kritiria yang digariskan YAB. Dato’ Seri Mohd Najib dan YAB. Datuk Seri Dr Zambry untuk menggalaskan cabaran BN dan mencapai kemenangan dalam PRU13 nanti’ sambung Dato’ Zaili.
Mengenai perancangan merampas Parlimen Bagan Serai dalam PRU 13, beliau menegaskan bahawa selepas PRU12 pada tahun 2008, UMNO dan BN Bagan Serai telah mengimbas semula faktor yang mempengaruhi kemerosotan sokongan yang menyebabkan kekalahan di Parlimen Bagan Serai, DUN Gunong Semanggol. Selinsing di samping menang tipis di DUN Alor Pongsu.
FAKTOR KEMENANGAN BN DI BAGAN SERAI
Zulkarnain Ismail, Setiausaha BN Bagan Serai menyatakan bahawa kekalahan BN di di DUN Selinsing, Gunong Semanggol dan Parlimen Bagan Serai sejak PRU12 pada tahun 2008 sememangnya memberi kesedaran dan keinsafan kepada rakyat di kawasan ini betapa pentingnya wakil rakyat yang berwibawa, amanah dan bertangung jawab.
Hakikat inilah yang terpaksa ‘dibayar’ oleh rakyat apabila wakil rakyat pembangkang yang memenangi kawasan ini tidak mampu membela kebajikan mereka. Rintihan rakyat bukan sahaja terabai malahan tidak mendapat perkhidmatan yang sewajarnya. Yang mereka mahu, Wakil Rakyat yang bukan hanya sekadar jumpa di pasar-pasar sehari, atau dalam majlis perkahwinan dan kematian tetapi pembelaan terhadap kebajikan dan pembangunan setempat.
Oleh demikian, walaupun BN mengalami kekalahan di DUN Selinsing, Gunong Semanggol dan Parlimen Bagan Serai, para pimpinan BN Bagan Serai tetap menabur khidmat bakti kepada masyarakat di kawasan ini dengan mendekati, melihat dan mendengar seterusnya menangani setiap permasalahan dihadapi penduduk. Perkhidmatan kepada masyarakat di kawasan-kawasan ini diselaraskan melalui seorang Penyelaras DUN, Penyelaras Parlimen disamping YB. Dato’ Sham di kawasan Alor Pongsu yang diwakilinya. Inilah bukti komitmen Kerajaan BN yang berterusan membela rakyat walaupun di kawasan yang diwakili pembangkang.
Kesungguhan BN melaksanakan pembangunan dan mendekati rakyat itu membuatkan penduduk mempertikai kegagalan peranan wakil rakyat pembangkang. Selain itu, isu-isu yang dicetuskan pembangkang untuk mencari populariti menyerlah sikap sebenar pembangkang kepada rakyat. Sebaliknya BN dibawah kepimpinan YAB. Dato’ Seri Mohd Najib melalui pembentangan Bajet 2012 dan YAB. Datuk Seri Dr Zambry dengan Perak Aman Jaya sentiasa mengutamakan kesejahteraan rakyat.
Atas semua indikator itulah; perkembangan terkini semakin positif dan aliran pengundian dilihat cenderung menyokong BN bagi meneruskan legasi pembangunan dan kebajikan yang diperlukan rakyat di kawasan ini.
SOKONGAN RAKYAT TERKINI KEPADA BARISAN NASIONAL
Dato’ Sham Mat Sahat, ADUN Alor Pongsu merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bagan Serai optimis dengan sokongan rakyat terhadap BN di DUN Alor Pongsu, Gunong Semanggol, Selinsing dan Parlimen Bagan Serai.
Semua kawasan ini kita tetap memberi perkhidmatan kepada semua rakyat tanpa mengira fahaman politik dan latar belakang mereka. Kesungguhan pimpinan BN membantu rakyat inilah yang membuatkan rakyat yakin dengan kerajaan BN sama ada di peringkat negeri Perak mahupun Persekutuan tidak terkecuali di Bagan Serai.
Tambahan pula, pihak pembangkang yang menabur berbagai janji dalam PRU12 lalu bertujuan mengaburi mata rakyat gagal melaksanakannya walaupun diberi kepercayaan sebagai wakil rakyat di DUN Gunong Semanggol, Selinsing dan Parlimen Bagan Serai. Sebab itulah kita dapat melihat keresahan rakyat sama ada Melayu, India dan Cina di Parlimen Bagan Serai ini terhadap wakil rakyat pembangkang termasuk Bebas yang tidak berjaya menunaikan tanggung jawab sebenar mereka sebagai wakil rakyat. Keadaan inilah menunjukkan bahawa sentimen agak bertambah baik dan saya yakin masyarakat di Parlimen Bagan Serai akan membuat pilihan bijak dengan memberi sokongan kepada BN dalam PRU13.
Oleh demikian; kita telah mengenalpasti dan membuat analisis faktor luaran dan dalaman yang mempengaruhi aliran pengundian pada ketika itu. Hasilnya kita telah melakukan perubahan seiring Tranformasi Politik UMNO dan BN yang dilakukan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak. Beberapa pendekatan juga telah dilakukan bagi memantapkan UMNO dan BN di Bagan Serai untuk mengembalikan sokongan rakyat di kawasan ini. Di samping itu, pelbagai program yang menjurus kepada rakyat digerakkan secara berterusan sehingga pilihanraya diadakan.

Hakikat inilah yang terpaksa ‘dibayar’ oleh rakyat apabila wakil rakyat pembangkang yang memenangi kawasan ini tidak mampu membela kebajikan mereka. Rintihan rakyat bukan sahaja terabai malahan tidak mendapat perkhidmatan yang sewajarnya. Yang mereka mahu, Wakil Rakyat yang bukan hanya sekadar jumpa di pasar-pasar sehari, atau dalam majlis perkahwinan dan kematian tetapi pembelaan terhadap kebajikan dan pembangunan setempat.
Oleh demikian, walaupun BN mengalami kekalahan di DUN Selinsing, Gunong Semanggol dan Parlimen Bagan Serai, para pimpinan BN Bagan Serai tetap menabur khidmat bakti kepada masyarakat di kawasan ini dengan mendekati, melihat dan mendengar seterusnya menangani setiap permasalahan dihadapi penduduk. Perkhidmatan kepada masyarakat di kawasan-kawasan ini diselaraskan melalui seorang Penyelaras DUN, Penyelaras Parlimen disamping YB. Dato’ Sham di kawasan Alor Pongsu yang diwakilinya. Inilah bukti komitmen Kerajaan BN yang berterusan membela rakyat walaupun di kawasan yang diwakili pembangkang.
Kesungguhan BN melaksanakan pembangunan dan mendekati rakyat itu membuatkan penduduk mempertikai kegagalan peranan wakil rakyat pembangkang. Selain itu, isu-isu yang dicetuskan pembangkang untuk mencari populariti menyerlah sikap sebenar pembangkang kepada rakyat. Sebaliknya BN dibawah kepimpinan YAB. Dato’ Seri Mohd Najib melalui pembentangan Bajet 2012 dan YAB. Datuk Seri Dr Zambry dengan Perak Aman Jaya sentiasa mengutamakan kesejahteraan rakyat.
Atas semua indikator itulah; perkembangan terkini semakin positif dan aliran pengundian dilihat cenderung menyokong BN bagi meneruskan legasi pembangunan dan kebajikan yang diperlukan rakyat di kawasan ini.
SOKONGAN RAKYAT TERKINI KEPADA BARISAN NASIONAL
Semua kawasan ini kita tetap memberi perkhidmatan kepada semua rakyat tanpa mengira fahaman politik dan latar belakang mereka. Kesungguhan pimpinan BN membantu rakyat inilah yang membuatkan rakyat yakin dengan kerajaan BN sama ada di peringkat negeri Perak mahupun Persekutuan tidak terkecuali di Bagan Serai.
Tambahan pula, pihak pembangkang yang menabur berbagai janji dalam PRU12 lalu bertujuan mengaburi mata rakyat gagal melaksanakannya walaupun diberi kepercayaan sebagai wakil rakyat di DUN Gunong Semanggol, Selinsing dan Parlimen Bagan Serai. Sebab itulah kita dapat melihat keresahan rakyat sama ada Melayu, India dan Cina di Parlimen Bagan Serai ini terhadap wakil rakyat pembangkang termasuk Bebas yang tidak berjaya menunaikan tanggung jawab sebenar mereka sebagai wakil rakyat. Keadaan inilah menunjukkan bahawa sentimen agak bertambah baik dan saya yakin masyarakat di Parlimen Bagan Serai akan membuat pilihan bijak dengan memberi sokongan kepada BN dalam PRU13.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan