BAGAN SERAI – 200 orang berkumpul secara aman di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian, Bagan Serai bagi membuat laporan polis membantah dan mengutuk Program Seksualiti Merdeka 2011.
Dato' Zaili, Dato' Sham, Zulkarnain, Ponazakhan, Rajindra
sedang membuat laporan polis di IPD Kerian
12 laporan polis telah dibuat dalam perhimpunan tersebut yang membabitkan Barisan Nasional, UMNO, MIC, PPP, Makhal Shakti, IPF, Kelab Kulaan, PEKIDA, Ketua-Ketua Kampung, Wanita, Pemuda dan Puteri BN.
Semua pertubuhan politik dan NGO yang membuat laporan polis sependapat mengutuk sekeras-kerasnya penglibatan Ambiga, Majlis Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Sister in Sister (SIS) dan 20 NGO lain yang terlibat dalam penganjuran Program Seksualiti Merdeka pada 3 hingga 13 November 2011 yang bertujuan mempertahan hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual di negara ini.
Zulkarnain Ismail, Setiausaha BN Bagan Serai sedang membuat laporan polis
Dato’ Zaili Cha, Pegawai Khas Menteri Besar Perak merangkap Pengerusi Barisan Nasional Bagan Serai menegaskan tujuan laporan polis dibuat adalah membantah dan mengutuk terhadap penganjuran Program Seksualiti Merdeka 2011 kerana mempromosikan seks bebas yang bertentangan dengan nilai kebanyakan agama di dunia seperti Islam, Kristian, Budha dan Hindu serta berlawanan dengan adat resam dan tatasusila masyarakat Timur di Malaysia. Malahan program tersebut bertentangan dengan akidah Islam serta kepercayaan agama lain kerana jelas melanggar fitrah kejadian manusia.
Ahli Barisan Nasional dan NGO Bagan Serai selepas membuat
laporan polis mengutuk Seksualiti Merdeka 2011
‘Sebab itulah hari ini walaupun berbeza bangsa dan agama, tetapi kita mampu berhimpun dengan niat dan tekad yang satu mempertahankan agama masing-masing di samping mengutuk usaha menghancurkan fitrah kemurnian penciptaan manusia’ jelas Dato’ Zaili.
Sementara itu, Setiausaha barisan Nasional Bagan Serai, Zulkarnain Ismail ketika ditemui menasihat Majlis Peguam terutama 15 ribu anggotanya yang beragama Islam menghayati Perlembagaan Negara berkaitan Kedudukan Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan hakikat Program Seksualiti Merdeka 2011 mencabar kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan.
Wakil NGO bersama pemimpin BN Bagan Serai
‘Mereka pengamal undang-undang yang lebih arif Perlembagaan Negara seharusnya tidak berdiam diri dengan pimpinan Majlis Peguam yang ternyata menyeleweng dari fungsi sebenar mereka. Usah bersubahat dan memberi ruang kepada mereka mengheret anggotanya yang beragama Islam untuk murtad dan syirik kepada Allah’.
‘Oleh yang demikian kita menggesa pihak berkuasa membuat siasatan dan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak penganjur dan peserta program tersebut yang kononnya berjuang untuk hak asasi manusia tetapi sebaliknya kita yakin dan percaya bahawa ini adalah uasaha terancang untuk meruntuhkan akhlak masyarakat terutama golongan belia di negara ini’ tegas Zulkarnain lagi.
Dato’ Sham Mat Sahat, ADUN Alor Pongsu pula turut mendesak pihak berkuasa membuat siasatan tujuan program tersebut diadakan kerana diyakini mempunyai unsur memperlekeh Malaysia di peringkat antarabangsa melalui perjuangan hak asasi manusia di negara ini.
‘Semua rakyat Malaysia bersatu hati bertegas bahawa Malaysia hanya menerima hak asasi manusia yang tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan Peruntukan Undang-undang Negara, katanya.
Ponnazhakan A/L Pushpanathan, Timbalan Ketua MIC Bagan Serai pula turut menempelak penganjuran Program Seksualiti Merdeka 2011 kerana jelas bertentangan dengan Perlembagaan Negara Perkara 3(1) berkaitan kedudukan Islam sebagai Agama Rasmi Malaysia dan kebebasan mengamal agama lain dengan aman damai dalam Persekutuan. ‘Hakikatnya Program Seksualiti Merdeka 2011 jelas menghina kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan serta agama-agama lain di Malaysia’ sambung Ponnazhakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan