Khamis, 24 Februari 2011

MAJLIS PERASMIAN SUKAN 1 MALAYSIA BARISAN NASIONAL BAGAN SERAI 2011


    Karnival Sukan 1 Malaysia Barisan Nasional Bagan Serai merebut Piala Dato’ Zaili  telah disempurnakan perasmianya oleh YB. Dato’ Zainol Fadzi Paharudin, Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Belia dan Sukan Negeri Perak baru-baru ini.


Beberapa acara sukan turut dipertandingkan seperti Bola Sepak, Sepak Takraw, Badminton, Bola Jaring, Bola Keranjang, Bola Tampar dan Kabbaddi. Hadiah-hadiah menarik  disediakan yan menjadi rebutan para pemenang berupa wang tunai RM 10 ribu berserta piala.


 Lebih 50 pasukan belia dan beliawanis pelbagai kaum seluruh  Parlimen Bagan Serai  menyertai  karnival tersebut yang dijalankan secara liga dan  dijangka berakhir pada pertengahan Mac ini.  Beberapa vanue untuk karnival  tersebut  telah ditetapkan seperti padang SMK. Abu Bakar Baqir, SMK. Bagan Serai, SK. Bagan Serai, SK. Sungai Bogak dan Dewan Pasar Bagan Serai.


Dato’ Zaili di dalam ucapan aluannya di majlis perasmian tersebut telah menyatakan bahawa tujuan Karnival Sukan 1 Malaysia  ini akan menjadi platform menyatupadukan masyarakat setempat khususnya golongan belia tanpa mengira kaum di sekitar Parlimen Bagan Serai. “Karnival ini juga akan mengeratkan persahabatan Barisan Nasional di Parlimen Bagan Serai yang sama-sama terlibat meganjurkannya” tambah Dato Zaili.


Sementara itu; YB. Dato’ Zainol Fadzi Paharudin semasa berucap merasmikan karnival tersebut turut menyeru penyertaan golongan belia dan beliawanis sebagai uasaha  mencari bakat baru untuk diketengahkan dalam pertandingan yang lebih besar. “Karnival seperti ini juga sangat digalakkan dan berupaya membendung para belia dari terpengaruh dengan gejala sosial” kata beliau. YB. Dato’ Zainol Fadzi Paharudin selepas itu telah melepas belon kejohanan menandakan permulaan Karnival Sukan 1 Malaysia BN Bagan Serai 2011 di samping menyampaikan jersey kepada setiap pasukan yang menyertai pertandingan.


Beliau juga sempat   menyaksikan perlawanan Bola Sepak antara Pasukan Lembah Beriah dan Pendidikan A yang berkesudahan 2 – 2.






Turut hadir dalam majlis perasmian Karnival Sukan 1 Malaysia Barisan Nasional Bagan Serai ialah YB. Sham Mat Sahat, ADUn Alor Pongsu, Zulkarnain Ismail, Setiausaha Barisan Nasional Bagan Serai, dan pemimpin UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan PPP Bagan Serai.


           

Isnin, 14 Februari 2011

PERUTUSAN MAULIDUR RASUL 1430 HIJRAH

Alhamdulillah, syukur  ke hadrat Allah SWT yang telah memberikan kita keizinan untuk terus berada di dalam bulan Rabiul Awwal pada tahun ini. Rabiul Awwal, iaitu bulan kelahiran junjungan mulia Nabi Muhammad SAW sebagai insan pilihan Allah, menjadi nabi dan rasul akhir zaman yang telah membawa rahmat untuk sekalian alam.

Kedatangan Muhammad SAW adalah pelengkap kepada nikmat Allah SWT kepada manusia. Tidak akan ada lagi nabi dan rasul selepas Muhammad SAW. Tiada lagi agama dan syariat  yang baru selain Islam yang di bawa oleh Baginda Muhammad SAW selepas kewafatannya. Firman Allah :

Pada  hari  ini, telah  Aku   sempurnakan  untuk
kamu, agama kamu, dan telah Aku cukupkan ke
atas  kamu nikmat-nikmat-Ku,  dan  Aku    telah  
meredhai hanya Islam sebagai agama buat kamu.
                                                 (Surah al-Maidah : 3 )

Muhammad SAW sebagai kekasih Allah, melahirkan  kerinduan kita kepada Baginda SAW dan senantiasa terkenang akan sirah perjuangan dan pengorbanannya. Rasulullah SAW telah meninggalkan kepada kita manhaj hidup yang begitu sempurna meliputi kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Manhaj yang Baginda SAW tinggalkan ini telah dipraktikkan oleh generasi selepas Baginda iaitu para Sahabat dan ternyata ianya memang berkesan dan Islam berjaya disebarkan hampir keseluruh pelusuk negara Arab,  di Asia dan Afrika. Kejayaan mereka semua datang dari keyakinan dan keteguhan hati mereka dalam mengamalkan dan berpegang dengan Sunnah Rasul SAW.

         Dan  tiadalah  Kami mengutusmu (Muhammad)  
melainkan untuk  umat  manusia    seluruhnya,
sebagai pembawa berita gembira, dan pemberi
amaran;   akan   tetapi   kebanyakan    manusia
tidak mengetahui.                   (Surah Saba’: 28)

Oleh yang demikian; paling asas mencapai kecemerlangan hidup ialah dengan menghayati sifat kenabian baginda iaitu sidiq (benar), amanah, tabligh (menyampaikan) dan fatanah (bijaksana). Ciri-ciri Muhammad SAW ini juga akan menjadi inspirasi dan adaptasi terutama untuk umat Islam dan lain-lain bangsa bagi memacu usaha meningkatkan ummah yang progresif di Malaysia serta hidup dalam erti perpaduan yang sebenar.

Tiadalah Kami mengutus engkau (Muhammad)
melainkan     untuk    menjadi   Rahmat     bagi
sekalian alam.”            (Surah. al- Anbiya : 107)

        Perjuangan Rasulullah SAW., yang memperkukuh institusi perpaduan sesama manusia bagi memperkasa ummah sewajarnya dihayati umat Islam merentasi batas ideologi politik. Oleh itu, sempena kita memperingati Maulidur Rasul ini, bersamalah kita memperkukuhkan perpaduan melalui kepelbagaian kaum, agama dan kepercayaan bagi melahirkan 1 bangsa Malaysia ampuh.

1 MALAYSIA 1 UMMAH.

ZULKARNAIN BIN HJ. ISMAIL AMP., PPT.
SETIAUSAHA BARISAN NASIONAL BAGAN SERAI



Selasa, 1 Februari 2011

PERUTUSAN TAHUN BARU CINA 2011

Selamat Tahun Baru Cina 2011 dan Gong Xi Fa Cai kepada semua rakyat Malaysia berbangsa Tiong Hua. Adalah diharapkan sambutan Tahun Baru Cina tahun ini lebih meriah dengan sambutan bersama oleh masyarakat Melayu, India, dan kaum-kaum lain.

Tahun Baru Cina kali ini merupakan tahun arnab. Ianya melambangkan kebersihan, ketangkasan, kejujuran, inovatif dan produktif.  Kebiasaannya masyarakat Cina akan mengambil pedoman dari kitaran tahun-tahun tersebut untuk mencipta dan merencanakan  masa depan yang lebih cemerlang. Kita semua mahukan yang terbaik buat diri, keluarga, masyarakat dan negara. Kita juga berhasrat Malaysia yang dicintai ini senantiasa makmur, maju, aman dan harmonis.

Keakraban persahabatan dan saling hormat menghormati antara kaum, bangsa dan agama yang wujud di negara kita adalah satu keunikan dan rahmat kurniaan Tuhan. Usaha-usaha ke arah memantapkan hubungan persaudaraan yang dilakukan kerajaan  menatijahkan suasana sejahtera, harmoni, aman dan damai. Ini dapat dilihat melalui GAGASAN 1 MALAYSIA yang diilhamkan oleh YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia. Gagasan PERAK AMAN JAYA yang dizahirkan oleh YAB Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Besar Perak juga adalah manifestasi kelangsungan gagasan keramat tersebut. Biarpun kita mempunyai pelbagai bahasa, budaya dan agama; namun kepelbagaian itulah yang membuatkan kita saling mengenali dan memahami seterusnya membentuk kesepaduan  1 MALAYSIA. Semoga sifat bersefahaman dan saling menghormati ini akan terus diperkasakan.
Sesungguhnya masyarakat Tionghua dengan kerja sama masyarakat pelbagai kaum dalam negara kita telah berperanan aktif memajukan negara terutama  dalam aspek pembangunan ekonomi yang turut menjadi asas penting dalam struktur ekonomi negara. 
         Selamat menyambut Tahun Baru Cina daripada kami, keluarga dan gerak kerja BARISAN NASIONAL BAGAN SERAI di semua peringkat. Terima kasih.

ZULKARNAIN BIN HJ. ISMAIL AMP., PPT.
SETIAUSAHA BARISAN NASIONAL BAGAN SERAI

ASHRUL BANGGA MENTERI BESAR BERJIWA RAKYAT

Sebelum pulang dari Lawatan Kerja Dua Hari ke Daerah Kerian terutama di kawasan bagan Serai, YAB  Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir turut menziarahi Ashrul Abdullah, 36, di Kampung Kubu Gajah, Semanggol yang kudung kedua kakinya akibat kanser saraf. 


Hasrat bertemu dengan Menteri Besar disampaikan melalui ibunya yang terus memanjangkannya kepada Hajah Asmah Ramli, Ketua Wanita UMNO Bahagian Bagan Serai. Mendengar perkhabaran tersebut YAB. Menteri Besar terus bersetuju untuk berjumpa dengan peminat istimewanya itu.


Datuk Seri Dr. Zambry turut menghulur sumbangan peribadi dan memberi kata-kata semangat kepada Ashrul di samping akan terus memantau kebajikan yang diperlukannya terutama kos rawatan yang tinggi. 

Ashrul yang ditemui amat terharu dengan kehadiran Menteri Besar yang amat disayangi kerana sudi menziarahi beliau yang tinggal bersama dengan ibunya itu. “Saya berdoa agar Allah memberi kekuatan dan kesihatan yang baik kepada Datuk Seri Dr. Zambry untuk terus mentadbir negeri ini dengan penuh kecemerlangan,” ujar beliau.


Datuk Seri Dr. Zambry pulang ke Ipoh jam 7 malam dan sempat memberi kata-kata semangat kepada para pemimpin masyarakat di Bagan Serai.