Gerila komunis berjuang untuk menjajah negara ini dan menjadikannya negara komunis. Inikah yang dianggap hero dan pejuang kemerdekaan tafsiaran Mat Sabu. Ternyata Mat Sabu dan Pas buta sejarah.
Kenyataan Karpal menggesa Mat Sabu supaya menarik balik kenyataannya dilihat agak pelik dan janggal. Sebelum ini Karpal juga ‘seangkatan’ seperti Mat Sabu kerana pernah menghina raja-raja Melayu dan tidak pernah menarik balik kenyataan itu.
Sebenarnya Mat Sabu kini mengikut telunjuk DAP. Mat Sabu dan Pas berbangsa Melayu dan Islam telah menjayakan doktrin DAP untuk mencapai matlamat mereka. Selepas ini mungkin Mat Sabu akan menggesa kerajaan untuk memberi penghormatan dengan membenarkan Chin Peng menetap di Malaysia di samping memberi gelaran ‘Wira Kemerdekaan’.
Tahniah kepada perwakilan Pas yang telah memilih Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden Pas mengenepikan Nasharudin Mat Isa yang lebih rasional berpolitik. Mat Sabu memang diminati ramai ahli Pas kerana sebelum ini dia menjadi ‘badut politik’ dalam tiap ceramahnya dan sering membuat ahli Pas yang hadir ketawa terbahak-bahak dan ‘subahah’ apabila mengumpat dan memfitnah musuh politiknya. Oleh demikian; para perwakilan Pas akan datang disarankan perlu pula memilih Mat Sabu sebagai Presiden Pas bagi menggantikan Hadi Awang yang kurang ‘aura’nya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan