Tepat seperti jangkaan ramai, Pas akan hanya menjadi ‘Pak Angguk’ kepada parti teduhannya iaitu DAP. Keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Pembangkang yang dianggotai DAP, PKR dan Pas menolak cadangan Pas untuk melaksanakan hukum hudud hanya diterima tanpa bantahan. Sebaliknya Pas akan membantah dan menyerang sebarang pendirian kalau datangnya daripada UMNO dan Barisan Nasional. Keputusan dan gerak-geri Pas serta PKR ini dibuat pastinya kerana bimbang ugutan DAP untuk meninggalkan kerjasama rapuh mereka dalam pembangkang.

Yang lucunya sebelum ini; Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, lantang menyatakan Pas akan menubuhkan sebuah negara Islam serta melaksanakan hukum hudud biarpun ditentang sekutunya dalam pembangkang iaitu DAP dan rela sekiranya DAP mahu meninggalkan pakatan pembangkang disebabkan perkara tersebut. Sebaliknya Presiden Pas, Datuk Seri Haji Hadi Awang tidak memberi sebarang komen berkaitan isu hudud ini. Jelaslah bahawa; kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menyifatkan Menteri Besar Kelantan itu sebagai orang tua yang inginkan perhatian ada kebenarannya. Ini ditambah dengan desakan bloger pro-Pas yang mendesak supaya Menteri Besar itu tidak bertanding dalam PRU Ke-13. Fahamlah kita bahawa Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi labialiti kepada Pas.
Sebenarnya, tindakan Nik Aziz ini juga menyerlahkan sikap sebenar beliau dan PAS yang hanya memanipulasi isu untuk kepentingan politik mereka terutama untuk mempertahankan Kelantan dalam PRU Ke-13. Tindakan ini dibuat setelah kepimpinan dan dasar pentadbiran beliau yang ‘suram’ mula menjadi bualan rakyat. Maka isu hudud ini sengaja digembar-gemburkan Nik Aziz dan Pas bagi mengelabui mata rakyat atas kepincangan kepimpinan mereka dan kegagalan menunaikan janji sejak 20 tahun lalu yang berikrar melaksanakan hukum hudud di Kelantan jika memerintah negeri itu. Tetapi hakikatnya sehingga kini Pas tidak menunaikan janji–janji tersebut sebaliknya menuding jari kepada orang lain.
Isu hudud juga telah membuktikan kepada rakyat bahawa Pakatan Pembangkang ketiadaan persefahaman antara parti. Oleh demikian, rakyat tidak boleh meletakkan harapan kepada satu gabungan yang tidak sehaluan dari segi prinsip dan ideologi. Ini diakui sendiri oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa penolakan cadangan Pas untuk melaksanakan hukum hudud kerana ia berbeza dengan pendirian DAP yang menentang pelaksanaannya. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak juga megakui bahawa kerajaan Pas Kedah perlu menjaga dan mendengar pendapat sekutunya dalam pakatan pembangkang terlebih dahulu sebelum melaksanakan sesuatu perkara termasuk melibatkan syiar Islam.
Justeru itulah, kebimbangan ahli dan penyokong Pas dengan kerjasama antara Pas dan DAP suatu ketika dahulu sememangnya menjadi kenyataan. Kerjasama Pas-DAP lebih menguntungkan DAP dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mencapai cita –cita peribadi mereka. Yang menjadi mangsa adalah Pas. Ahli Pas wajib ingat dengan kata-kata Karpal yang mencabar langkah mayatnya dahulu sebelum negara Islam dapat dilaksanakan. Oleh demikian; ahli dan penyokong Pas perlu insaf dengan penuh ikhlas serta mengambil tindakan meninggalkan Pas kerana selagi Pas-DAP bekerjasama, cita-cita untuk membawa wadah Islam di bumi Malaysia ini tidak akan tercapai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan